Pengikut

Acar Buah


Bahan-Bahan:

500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:

Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

Laksa Perak




Bahan-bahan:


1 kg ikan kembong atau tamban

10 keping asam keping

3 kuntum bunga kantan,

seikat daun kesum

5 labu bawang besar...

9 biji cili kering,

belacan sebesar ibu jari

1 camca kecil gula,

garam secukup rasa

2 biji timun (dihiris)

1 pokok daun salad (dihiris)

3 biji cili merah(dihiris)

1 labu bawang besar (dihiris)


Cara:


Ikan direbus bersama sedikit garam dan tiga keping asam keping. Isinya dimesin hingga hancur dan campurkan dengan air. Cili, bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. masaklah hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Masaklah hingga pekat sedikit, masukkan gula dan garam secukup rasa. Hidangkan bersama sayuran tadi.

Ais Krim Goreng




Bahan-bahan:

1 bungkus roti

Serbuk Roti agak2 je

1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)

4 biji telor (Dipukul) ... See More...

Air kosong - sikit je

Minyak untuk mengoreng


Cara-cara:

1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.

2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air

3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul

4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)

5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Apam Polka Dot


Bahan-bahan


3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair/ susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalettefilling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara

1. Mix telur hingga kembang dgn speed yg tinggi
2. Kemudian masukkan gula dan ovellete... mix hingga kembang jd putih gebu..
3. Perlahankan speed mixer kpd yg rendah sekali... tuang sedikit susu
4. Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn baking powder..
5. Masukkan berselang seli susu ngan tepung hingga habis...
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
7. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
8. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
9.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
10. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Apam Gula Hangus


Bahan-bahan;


2 biji telor

1cwn gula

1cwn air

1/2 cwn minyak

2sudu marjerin

2sudu susu pekat

1st soda bikarbonat

1 1/2 cwn tepung gandum(ayak)


cara;



masakn gula hgga keemasan dan tutup api.. dan campurkn dgn air 1cwn..pasang kmbali api dan kacau hgga sebati..dan sjukkan-blends telo,susu,minyak dan marjerin 3 minit..-masukkn gula hangus bersama soda bikarbonat..kisar lg..-dan masukkn tepung, kisar hgga sebati..bubuh dlm acuan dan kukus hgga masak...dlm 10-15 minit

"HaRi PeRtUnAnGaNkU..."



"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."Baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu akusambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, akuberusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampirsaat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunamjatuh ke dalam gaung.Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkanaku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkahdengan tabah.Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yangteristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan kujuga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusialain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tulimahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, akubisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisabercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama sepertimanusia lain.Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadiral-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalamberbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadipengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan,jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi akujuga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkaraini.Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memujiwajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabilamelihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanyatersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.Diam ku bukanmembuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana akubelum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setiadalam penantian.Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila."Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih...""Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.""Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."Ibu angguk perlahan.Beberapahari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhahyang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama...Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja akumenangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yangmenetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagiatersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakanglagi. Mudah-mudahan ya Allah...Sejak hari pertunangan itu, akusemakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yangaku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nantihatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darahyang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' akuadalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar,aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detikpernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului."Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masihmahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaiansendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dankeluarga."Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."Beritaitu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, akusenyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi."Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"Akuhanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialahsenyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagiaapabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku denganAllah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluangaku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana akumahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinapdalam setiap derap nafas ku menanti hari itu."Bila enti menikah?"Aku tiada jawapan khusus."Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya."Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah."Kalauenti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!"Itu saja pesanku..Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkanpernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam danterus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati."Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikantarikhnya..Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untungaku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut sepertiorang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan akukatakan sekali lagi kepada ibu..."Usah berlebihan ya..."Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata."Insyirah, jom makan!"Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman."Tafaddal, ana puasa."Sahabiah juga semakin galak mengusik."Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?""Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."Sehinggakini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat,bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuhdebaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terusmengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,itu sahaja.............................................."inna lillahi wainna ilaihi rajiun...""Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar.""Ya Allah, tenangnya...""Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramaiyang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar...Hampirsetiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suarasayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nyapada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih.Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu."Ya Allah,telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkandengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yangmenyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentangalam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, akuhamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian..."Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"Ibutenang menjawab..."Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yangmulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat padatangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapaminggu sahaja sebelum kansernya membunuh.""Allahuakbar..."Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan."Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."Ibuangguk, tersenyum lembut..."Ini nak, bukunya "Senaskah buku bertukartangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'MalamPertama di Alam Kubur'."Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik.""Dansejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu."Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satucincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Danaku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepadaALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernamaUmmu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perludipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan darinamanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dansetabah hati seorang ibu."* Kisah ini bukan kisah ana (Hidayah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *Mulaihari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, anasudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akandinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi,sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-samaakan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaikuntuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.....Wallahua'lam...Cukuplah kematian itu mengingatkan kita...Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia...Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada...Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga...Setidak-tidaknya, (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya...Arh...Untungnya... (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)