Pengikut

Tentang Sahabat...



Assalamualaikum..



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.Sebaik-baik sahabatDan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.Sumber >> Taman2Syurga"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Puisi untuk Sahabat



sahabatku………



seberat apapun masalahmu



sekelam apapun beban hidupmu



jangan pernah berlari darinya



ataupun bersembunyi



agar kau tak akan bertemu dengannya



atau agar kau bisa menghindar darinya



kerana sahabat…..seberapa jauh pun kau berlari



dan sedalam apa pun kau bersembunyi



dia pasti akan menemuimu



dalam sebuah episode kehidupanmu



sahabatku……alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang



persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati



dan mengkilapnya lantai nuranimu



hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi



ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran



ditambah sedikit penganan keteguhan



sahabat…….dengan begitu



sepulangnya ia dari rumahmu



akan kau dapati



dirimu menjadi sosok yang tegar



dalam semua keadaan



dan kau pun akan mampu dan lebih berani



untuk melewati lagi deraan kehidupan



dan yakinlah sahabat……..kau



pun akan semakin bisa bertahan



kala badai cobaan itu menghantam

Acar Buah


Bahan-Bahan:

500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:

Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

Laksa Perak




Bahan-bahan:


1 kg ikan kembong atau tamban

10 keping asam keping

3 kuntum bunga kantan,

seikat daun kesum

5 labu bawang besar...

9 biji cili kering,

belacan sebesar ibu jari

1 camca kecil gula,

garam secukup rasa

2 biji timun (dihiris)

1 pokok daun salad (dihiris)

3 biji cili merah(dihiris)

1 labu bawang besar (dihiris)


Cara:


Ikan direbus bersama sedikit garam dan tiga keping asam keping. Isinya dimesin hingga hancur dan campurkan dengan air. Cili, bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. masaklah hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Masaklah hingga pekat sedikit, masukkan gula dan garam secukup rasa. Hidangkan bersama sayuran tadi.

Ais Krim Goreng




Bahan-bahan:

1 bungkus roti

Serbuk Roti agak2 je

1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)

4 biji telor (Dipukul) ... See More...

Air kosong - sikit je

Minyak untuk mengoreng


Cara-cara:

1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.

2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air

3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul

4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)

5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Apam Polka Dot


Bahan-bahan


3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair/ susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalettefilling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara

1. Mix telur hingga kembang dgn speed yg tinggi
2. Kemudian masukkan gula dan ovellete... mix hingga kembang jd putih gebu..
3. Perlahankan speed mixer kpd yg rendah sekali... tuang sedikit susu
4. Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn baking powder..
5. Masukkan berselang seli susu ngan tepung hingga habis...
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
7. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
8. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
9.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
10. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Apam Gula Hangus


Bahan-bahan;


2 biji telor

1cwn gula

1cwn air

1/2 cwn minyak

2sudu marjerin

2sudu susu pekat

1st soda bikarbonat

1 1/2 cwn tepung gandum(ayak)


cara;



masakn gula hgga keemasan dan tutup api.. dan campurkn dgn air 1cwn..pasang kmbali api dan kacau hgga sebati..dan sjukkan-blends telo,susu,minyak dan marjerin 3 minit..-masukkn gula hangus bersama soda bikarbonat..kisar lg..-dan masukkn tepung, kisar hgga sebati..bubuh dlm acuan dan kukus hgga masak...dlm 10-15 minit

"HaRi PeRtUnAnGaNkU..."



"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."Baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu akusambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, akuberusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampirsaat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunamjatuh ke dalam gaung.Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkanaku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkahdengan tabah.Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yangteristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan kujuga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusialain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tulimahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, akubisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisabercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama sepertimanusia lain.Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadiral-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalamberbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadipengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan,jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi akujuga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkaraini.Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memujiwajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabilamelihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanyatersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.Diam ku bukanmembuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana akubelum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setiadalam penantian.Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila."Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih...""Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.""Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."Ibu angguk perlahan.Beberapahari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhahyang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama...Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja akumenangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yangmenetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagiatersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakanglagi. Mudah-mudahan ya Allah...Sejak hari pertunangan itu, akusemakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yangaku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nantihatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darahyang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' akuadalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar,aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detikpernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului."Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masihmahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaiansendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dankeluarga."Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."Beritaitu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, akusenyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi."Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"Akuhanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialahsenyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagiaapabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku denganAllah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluangaku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana akumahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinapdalam setiap derap nafas ku menanti hari itu."Bila enti menikah?"Aku tiada jawapan khusus."Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya."Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah."Kalauenti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!"Itu saja pesanku..Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkanpernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam danterus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati."Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikantarikhnya..Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untungaku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut sepertiorang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan akukatakan sekali lagi kepada ibu..."Usah berlebihan ya..."Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata."Insyirah, jom makan!"Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman."Tafaddal, ana puasa."Sahabiah juga semakin galak mengusik."Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?""Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."Sehinggakini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat,bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuhdebaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terusmengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,itu sahaja.............................................."inna lillahi wainna ilaihi rajiun...""Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar.""Ya Allah, tenangnya...""Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramaiyang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar...Hampirsetiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suarasayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nyapada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih.Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu."Ya Allah,telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkandengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yangmenyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentangalam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, akuhamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian..."Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"Ibutenang menjawab..."Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yangmulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat padatangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapaminggu sahaja sebelum kansernya membunuh.""Allahuakbar..."Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan."Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."Ibuangguk, tersenyum lembut..."Ini nak, bukunya "Senaskah buku bertukartangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'MalamPertama di Alam Kubur'."Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik.""Dansejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu."Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satucincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Danaku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepadaALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernamaUmmu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perludipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan darinamanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dansetabah hati seorang ibu."* Kisah ini bukan kisah ana (Hidayah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *Mulaihari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, anasudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akandinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi,sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-samaakan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaikuntuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.....Wallahua'lam...Cukuplah kematian itu mengingatkan kita...Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia...Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada...Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga...Setidak-tidaknya, (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya...Arh...Untungnya... (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

Mia Sara Amani di Konsert Jom Heboh



Alalalala. Tomeinya budak Mia Sara @ Amani nie. Memang cute dan yang pastinya lebih comel dari Hagemaru. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia yang tembam tue. Geram dibuatnya.

Lepas nie kalau anda yang tak pernah gi konsert Jom Heboh mungkin boleh pergi untuk berjumpa dengan Mia Sara nie. Mana tau dia pergi lagi lepas nie. Semua gambar-gambar nie diamik time konsert Sure Heboh. Kesian plak tengok Mia sampai peluh-peluh satu badan.